- Mesti dilakukan sebelum menjalankan aktiviti-aktiviti
yang lebih berat dan sengit.
- Anggaran masa 5 – 10 minit.(Baik) Dimulakan dengan berjoging dan disusuli dengan
aktiviti regangan (atau sebaliknya).
- Regangan mesti diimbangkan (kiri-kanan, depan-belakang.
- Anggaran masa regangan: 10 – 12 saat setiap aktiviti.
- Faedah memanaskan badan :
i. Persediaan dari aspek fizikal
dan mental
kepada aktiviti seterusnya yang
lebih mencabar.
ii. Mengurangkan
risiko berlaku kecederaan.
iii. Mempercepatkan
kadar pemulihan.
MENYEJUKKAN BADAN:
- Mesti dilakukan selepas menjalankan aktiviti-aktiviti
yang
berat dan sengit.
- Anggaran masa 3 – 7 minit.
- Dimulakan dengan jogging perlahan dan berjalan-jalan
sambil menghayun-hayunkan tangan (melonggarkan sendi).
- Melakukan aktiviti regangan seperti memanaskan badan (8
– 10 saat).
-
Aturkan pernafasan seperti biasa bagi aktiviti di atas.
- Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus melalui mulut (3-5 x).
- Faedah menyejukkan badan:
i. Mengurang/mengelak risiko kecederaan.
ii. Mempercepatkan pemulihan.
Peringatan: Setelah memanaskan badan, denyutan nadi
haruslah mencapai 120 kali seminit
(purata kasar untuk semua). Jika tidak mencukupi, buat lagi aktiviti
memanaskan badan sehingga kadar nadi mencapai tahap tersebut. Ini kerana
pada kadar 120 kali seminit, badan telah bersedia untuk melakukan
aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dan berat. Setelah melakukan penyejukan badan, kadar nadi haruslah kembali normal seperti sebelum memanaskan badan.
Sangat berguna
ReplyDelete