Menurut Davis (1991),
kecergasan fizikal dalam konteks sukan ialah keupayaan seseorang
individu untuk memenuhi pelbagai keperluan fizikal dan fisiologi dalam
melakukan aktiviti sukan tanpa menyebabkan keadaan keletihan yang
keterlaluan. Menurut Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin (1988), latihan
bererti satu persediaan untuk mencapai tapak yang kukuh manakala
kecergasan menggambarkan tahap keupayaan seseorang individu untuk
berfungsi dengan cekap dan berkesan tanpa cepat berasa letih dan lesu.
Kecergasan
fizikal merupakan aspek yang penting bagi setiap induvidu. Kecergasan
tubuh badan hanya akan tercapai menerusi latihan fizikal bersistematik
yang terancang dan dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan yang
sesuai serta disiplin yng tinggi. Latihan bererti satu persediaan untuk
mencapai tapak yang kukuh untuk melakukan aktiviti fizikal. Kecergasan
menggambarkan tahap keupayaan individu itu boleh berfungsi dengan cekap
dan berkesan tanpa cepat berasa letih dan lesu. Tahap kecergasan
seseorang itu bukan hanya diukur dan dinilai melalui ketiadaan atau
bebas daripada sebarang penyakit, malah ianya juga ditentukan oleh tahap
kecergasan fizikal individu tersebut. Oleh itu, tahap kecergasan
fizikal sebenarnya dapat dinilai berdasarkan kepada prestasi seseorang
itu melakukan sesuatu aktiviti.
Menurut
Dr. Wildor Hollman (1991), beliau mendefinisikan kecergasan sebagai
suatu keadaan fizikal dan mental, di mana seseorang itu mempunyai
kemampuan melakukan sesuatu tugasan oleh individu lain.
Sementara itu, Clarke
(1976) mendefinisikan kecergasan sebagai kemampuan seseorang melakukan
aktiviti harian dengan cekap dan sempurna tanpa berasa letih serta mampu
lagi untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Kecergasan merupakan
kemampuan paru-paru, jantung, saluran darah, serta otot tubuh badan
dapat berfungsi pada tahap yang optimum (Sheikh Kamaruddin 1987).
Program
latihan kecergasan fizikal memberi tumpuan kepada peningkatan
penambahan dari segi kecergasan keseluruhan tubuh badan seperti :
i. Membina kelajuan (kepantasan).
ii. Membina daya tahan (otot-otot dan kardiovaskular).
iii. Membina ketangkasan.
iv. Membina kekuatan otit dan kelembutan anggota (kelenturan sendi).
v. Membina koordinasi dan imbangan badan.
vi. Memperbaiki dan mencergaskan organ-organ dalam sistem kardiovaskular, sistem
pernafasan dan sistem otot.
Komponen Kecergasan Fizikal
Menurut Corbin dan Lindsey (1988), kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua iaitu :
· Kecergasan Berlandasakan Kesihatan.
· Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor.
a. Kecergasan Berlandaskan Kesihatan ( Health – Related Fitness )
Seseorang
yang cergas perlu sekurang-kurangnya memperolehi tahap kecergasan yang
sedarhana dalam setiap daripada lima komponen kecergasan berlandaskan
kesihatan. Komponen tersebut adalah :
i. Komposisi Badan
Tiga
komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak, otot dan
tulang-tulang. Penentuan isi kandungan badan menunjukkan peratusan (%)
lemak badan berbanding dengan isi kandungan otot-otot dan tulang-tulang.
Lebihan peratusan lemak dalam badan menimbulkan masalah kegemukan (obesity). Peratusan lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan individu.
ii. Daya Tahan Kardiovaskular
Daya
tahan kerdiovaskular adalah keupayaan jantung atau sistem
kerdiorespiratori untuk mengepam darah beroksigen dengan efisien ke
seluruh badan. Jantung yang efisien membolehkan kita melakukan kerja
secara berterusan dalam jangka masa yang lama pada kadar intensiti yang
ringan atau sedarhana tanpa berasa penat. Penghantaran darah yang kaya
oksigen membolehkan kita bekerja dengan lama. Mereka yang mempunyai daya
tahan kardiovaskular yang rendah selalunya mudah penat dan letih.
Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan daya tahan kardiovaskular ialah
lompat tali, berenang, berbasikal, berjoging dan senamrobik.
Bagi
menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang ialah dengan mengambil
kadar nadi rehat. Nadi rehat yang rendah menandakan kecergasan jantung
yang baik. Jadual di bawah digunakan untuk mengetahui taraf kecergasan
jantung anda.
iii. Kelembutan / Kelenturan ( Flexibility )
Fleksibiliti
bermaksud keupayaan otot, ligamen, dan tendon membenarkan anggota badan
bergerak bebas pada julat pergerakan yang maksimum. Fleksibiliti dapat
dibina melalui reganggn. Regangan oto perlu dilakukan semaksimum yang
mungkin dalam jangka masa 10 hingga 30 saat bagi setiap aktiviti.
Jangkauan melunjur, regangan bahu, regangan pinggang, regangan
hamstrings dan kilas pinggang adalah sebahagian daripada contoh
akitviti.
iv. Kekuatan Otot
Individu
yang cergas selalunya mempunyai otot yang kuat untuk membolehkan
individu tersebut melakukan aktiviti yang memerlukan kekuatan otot.
Kekuatan otot dimaksudkan sebagai kemampuan otot atau sekumpulan otot
untuk mengatasi rintangan dengan menggunakan daya yang maksimum.
Aktiviti kekuatan otot perlu dilakukan secara sistemetik dan berterusan.
Latihan kekuatan otot perlu dilakukan sekurang-kurannya tiga kali
seminggu. Antara faedah latihan kekuaran otot adalah :
i. Otot-otot yang digunakan membesar dan bertambah kuat.
ii. Memperlahankan tahap kelesuan pada otot.
iii. Bentuk badan kelihatan lebih menarik.
v. Daya Tahan Otot
Seseorang
yang mempunyai daya tahan otot yang tinggi mampu melakukan kerja secara
berulang-ulang dan berterusan tanpa berasa lesu dalam jangka masa yang
panjang. Sebagai contoh, larian maraton.
Daya tahan otot dapat ditingkatkan melalui latihan bebanan, latihan
litar dan latihan jeda. Antaraaktiviti yang boleh dilakukan untuk daya
tahan otot angkat tumit, tekan tubi, dekam lunjur dan naik turun bangu
yang menggunakan berat badan sendiri sebagai beban. Manakala aktiviti
biseps curl pula menggunakan alat pemberat sebagai bebanan. Antara
faedah daya tahan otot ialah :
i. Otot mampu malakukan aktiviti dalam satu jangka masa yang lama.
ii. Otot rangkan dan otot jantunf menjadi lebih kuar.
iii. Lemak dalalm tisu otot dapat dikurangkan.
iv. Pengaliran darah keseluruh badan menjadi lebih efesian.
b. Komponen Kecergasan Berlandaskan Lakuan Motor(Skill – Related Fitness)
Lakuan
motor bolehlah difahamkan sebagai perlakuan yang berkaitan dengan
sistem saraf, iaitu keadaan bagaimana sistem saraf berfungsi setelah
dirangsangkan. Hasil dari lakuan ini dapat menjadikan pelakunya
berkemahiran. Kemahiran ialah keupayaan membuat sesuatu dalam keadaan
tepat dan sebenar. Bagi seseorang atlit kecergasan lakuan motor bolehlah
didefinisikan sebagai mempunyai 'Kemahiran Tinggi' iaitu penggunaan
tenaga yang minima bagi menghasilkan daya (kerja) tetapi hasilnya
maksima.
Terdapat beberapa komponen lakuan motor yang penting antaranya:
i. Kelajuan ( Speed )
Kelajuan
adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dengan cepat. Kelajuan
dirujuk kepada jarak pergerakan yang boleh dilakukan dalam jangka masa
yang paling minima. Individu yang mempunyai kelajuan kaki berupaya
membuat larian pantas manakala individu yang mempunyai kelajuan tangan
nerupaya melontar atau memukul bola dengan laju.
ii. Ketangkasan ( Agility )
Kebolehan
seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan ke sesuatu arah
yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh. Kebolehan menukar
kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.
iii. Kuasa ( Power)
Kuasa
ialah keupayaan melakukan aktiviti dengan daya yang maksimum dalam
jangkamasa yang paling singkat. Kuasa diperlukan dalam acara lontar
peluru, permulaan lari pecut, lempar cakera, lompat tinggi dan lompat
jaun.
iv. Imbangan ( Balance )
Imbangan
bermaksud pengekalan keseimbangan badan seseorang individu pada
kedudukan statik dan dinamik. Antara contoh aktiviti inbangan statik
adalah dirian tangan dalam gimnastik.
v. Masa Reaksi ( Reaction Time )
Masa
reaksi merujuk kepada masa yang diambik oleh seseorang individu ketika
bertindak balas terhadap rangsangan. Sebagai contoh, berlepas dari blok
permulaan sebaik mendengar bunyi tembakan.
vi. Koordinasi ( Coordination )
Koordinasi
adalah keupayaan individu menyeragamkan deria dan anggota badannya
untuk menghasilkan satu pergerakan motor yang licin dan tepat. Memukul
bola sofbol, menendang dan menimbang bola adalah antara contoh aktiviti
koordinasi.
Thanks teacher
ReplyDeleteSangat membantu utk kerjq khusus
ReplyDeleteTiada citation disertakan dr mana dapat fakta hm
ReplyDeleteSeminole Hard Rock Hotel and Casino, Hollywood, FL
ReplyDeleteSeminole 안산 출장안마 Hard Rock Hotel and 순천 출장샵 Casino Hollywood, 서산 출장샵 FL. Find out more about the area and nearby attractions. Rating: 원주 출장안마 2.3 · 22 reviews 경산 출장마사지
apakah perkaitan atau hubungan antara kecergasan dan sukan?
ReplyDelete