KOMPONEN
PERKEMBANGAN FIZIKAL ASAS KECERGASAN
PELAJAR
(Kemahiran berasaskan Psikomotor)
Oleh
: Mohamad Fadil bin Ibrahim
SEPT 2014
PENGENALAN
Perkembangan
fizikal kanak-kanak juga melibatkan perkembangan deria motor dan
perkembangan fisiologikal. Kanak-kanak perlu menyelaraskan antara pengesanan rangsangan oleh deria dengan tindakan oleh motor (anggota badan). Kecekapan motor adalah tindakan saling berinteraksi
antara motor kasar dan motor halus. Melalui pengesanan
rangsangan oleh lima organ deria, badan akan bergerak balas bagi menentukan
keadaan dengan membuat penyelarasan gerak balas yang
bersesuaian. Contohnya, apabila kanak-kanak berasa tidak
selesa kerana keadaan persekitaran yang panas, mereka
akan bergerak untuk mencari tempat yang lebih selesa. Dalam sistem saraf kita terdapat
beberapa reseptor yang memberikan maklumat untuk kita bertindak balas,
antaranya; a)Proprioceptors - memberikan maklumat berkenaan ketegangan otot,
kedudukan, dan pergerakan antara sendi, b) Nocioceptors - memberikan rangsangan
berkaitan kesakitan otot atau tisu badan, c) Sistem vestibular - terdapat di dalam telinga
dalam dan memberi maklumat tentang graviti, keseimbangan
dan pergerakan badan.
Aktiviti fizikal
banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam kurikulum
pendidikan di bawah komponen kreativiti dan estetika menunjukkan aktiviti
fizikal bukan sesuatu yang tidak penting, bukan juga sesuatu yang wujud untuk
tujuan komersial. Malahan merupakan satu aktiviti yang banyak memerlukan
penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri serta
berupaya menggalakan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor di samping
memupuk nilai estetika.
Slavin (1997) menjelaskan masalah
berkaitan komponen kecergasan pula lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan
individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan
kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya
kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah,
jantina, bakat dan minat. Berdasarkan pendapat-pendapat berikut, dapat
dirumuskan bahawa aspek-aspek perbezaan individu adalah berkaitan jantina,
fizikal, emosi, personaliti, bahasa dan bangsa, kesihatan, kecerdasan, gaya
kognitif dan gaya belajar mempengaruhi
sifat belajar pelajar.
KOMPONEN
PERKEMBANGAN FIZIKAL
Komponen kecergasan (perkembangan fizikal) berlandaskan
kepada perlakuan motor terdiri daripada Koordinasi, Imbangan,
Ketangkasan, Kuasa/daya, Masa tindak balas, dan Kepantasan. Aspek perlakuan
motor dapat membantu dalam
hal-hal yang bersabit
dengan gerak kerja fizikal yang spesifik. Dengan meningkatkan tahap
kemahiran tersebut dapat menghasilkan satu gerak laku yang efisyen serta
meringankan bebanan yang mungkin timbul ketika individu giat melakukan aktiviti
yang lebih dari lakuan kebiasaan seperti mengangkat benda-benda yang berat. Komponen
perkembangan fizikal berlandaskan kemahiran motor terdiri daripada Kepantasan,
Ketangkasan, Koordinasi,
Kuasa (Daya), Imbangan dan Masa Reaksi (Tindakbalas)
Konsep kecergasan itu adalah
sumber yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga.
Peningkatan kecergasan sangatlah perlu bagi seseorang oleh kerana kesihatan
yang tinggi dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang
mungkin membahayakan diri. Faktor yang mempengaruhi kecergasan fizikal seperti baka. Setiap manusia
dilahirkan dengan kekuatan serta kelemahan tersendiri yang saling mempengaruhi
saiz tubuh badan, kepandaian dan personaliti kendiri malah dikatakan ia penentu
limitasi potensi seseorang.
KAJIAN-KAJIAN
BERKAITAN KOMPONEN PERKEMBANGAN FIZIKAL
Jeffre,
Jeff, & Ricky (2010), Dalam kajian memelihat pelajar melakukan kegiatan fizikal aktif sebagai alternatif untuk
memotivasi diri berbanding pelajar lain. Dapatan mendedahkan bagaimana konsep kendiri fizikal yang relevan untuk pendidikan fizikal aktif dengan berlandaskan dua komponen perkembangan berkaitan fizikal dan kesihatan. Implikasi untuk merancang aktiviti dan menggunakan strategi pengajaran untuk meningkatkan konsep diri fizikal. Dapatan
menunjukkan aktiviti fizikal membantu mereka membina aspek psikomotor pelajar
terutama pada bahagian lemak tubuh, koordinasi, daya tahan/kecergasan
fleksibiliti dan fizikal, kecekapan bersukan dan kekuatan.
Kemampuan motor dapat membantu dalam proses pencapaian
kecergasan keseluruhan. Latihan yang mengandungi aktiviti untuk memperkayakan
komponen perlakuan motor ini seperti berlari, lompat selang-seli dan senaman
yang dilakukan secara berterusan dapat membentuk tubuh badan yang sihat dan
kuat. Carr, dalam teorinya menyatakan, aktiviti fizikal adalah penting kepada
kanak-kanak kerana ianya menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan
pendapat masing-masing (Kraus, 1990).
Kajian menunjukkan perhubungan yang
positif antara fisiologi aktiviti fizikal dan pembelajaran berkaitan
perkembangan fizikal kanak-kanak (Kumar & Harizukka,1998: Lieberman, 1977)
Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan
sikap (McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiti
dan pemikiran divergent (Dansky, 1980; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif
(perspective-taking)(Burns & Brainerd, 1979); memori (Jensen, 1999, 2000;
Gardner, 1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan
operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan
Burner ada kepentingannya di dalam aktiviti fizikal.
IMPLIKASI DAN KESAN
Aspek tingkah laku manusia dapat menentukan
ke arah mana seseorang itu. Sekiranya kecergasan yang optima yang dihajatkan
maka tingkah laku yang positif terhadap pembinaan kecergasan fizikal itu harus
diutamakan. Seseorang itu jika baka dan persekitaran yang baik tetapi sekiranya
tingkahlakunya negatif maka kecergasan fizikalnya akan terganggu. Ia akan
sentiasa berada dalam keadaan yang kurang sihat dan kerap mengalami tekanan
emosi, sosial, fizikal dan mental yang melemahkan kecergasan diri.
Kepentingan aktiviti fizikal di
kalangan kanak-kanak tadika atau prasekolah (Jensen, 2000; Shore, 1997;
Christie, 2001; Frost, Wortham, & 2001) menyatakan “play is scaffold for development, a vehicle for increasing neutral
structures, and a means by which all children practise skills they need in
later life”
Antara masalah yang dikenalpasti ialah pengabaian subjek
Pendidikian Jasmani kerana tidak diuji dalam peperiksaan, kekurangan guru
terlatih dalam bidang ini, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, tiada
sokongan dari masyarakat sekolah dan masyarakat ibu-bapa, cuaca yang tidak
mengizinkan dan guru tidak jelas dengan matlamat Pendidikan Jasmani (Hamdan
2002, de Vries 1995, Abu Bakar Miskon 1987, Daud Salleh 1985, Chee Swee Ming
1985).
Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, aktiviti
fizikal adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran bersosial,
fisiologi serta emosi kanak-kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai
umur perlu bersosialisasi, sebagai penyumbang dalam kebudayaan masing-masing.
Kajian
(Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa aktiviti
fizikal dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk penyesuaian
fisiologi mereka dan dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri.
Aktiviti fizikal dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk
meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan
orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh
berkongsi kuasa.
CADANGAN DAN PANDANGAN
Bruce
dan Meggitt (2005) pula menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang
dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu
tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang
dapat menyokong, merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada pada
seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan
kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya.
Peranan guru dalam menggalakkan
aktiviti fizikal menurut Morison (1995) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu
permainan di pusat-pusat prasekolah, guru memainkan peranan yang penting untuk
mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembang daya berfikir
kanak-kanak. Kanak-kanak dilahirkan dengan
memiliki sifat, bakat dan ciri semulajadi yang diwarisi
dari ibubapa mereka. Keadaan persekitaran dan fisiologi badan pula, menentukan
bagaimana kanak-kanak ini menggunakan bakat yang diwarisi untuk
berinteraksi dengan orang di
sekelilingnya dengan pelbagai situasi, Doherty & Brennan (2008).
Cobin dan
Pangrazi (2004), telah mendedahkan senario yang sebenar berlaku dalam program
Pendidikan Jasmani di Amerika Syarikat. Berjuta-juta kanak-kanak sekolah di
Amerika mengambil Ujian Kecergasan Fizikal. Persoalan kenapa dan mengapa
guru-guru menjalankan ujian kecergasan sering tidak difahami dan gagal
diterangkan dengan jelas dan tepat. Latihan
dalam bidang Pendidikan Jasmani dapat menjustifikasikan dengan tepat peranan dan
tujuan ujian.
Pendidikan Jasmani dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding
dengan subjek lain. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif
(intelektual), sedikit ruang untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tiada
ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal, De Vries (1995).
Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan secara tidak terancang dan
sesuai untuk sesuatu kategori keperluan khas tidak membawa sebarang kesan yang
positif kepada perkembangan fizikal, emosi, fisiologi dan mental. Kategori
kesihatan yang paling utama untuk pelajar yang mempunyai kekurangan upaya
secara fizikal yang melibatkan aspek kesihatan ialah apabila
kekurangan-kekurangan itu sendiri boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan dan
fisiologi individu tersebut secara timbal balik (Heller, 2000).
Program aktiviti
fizikal terancang untuk golongan khas tidak kurang penting seperti juga
golongan normal. Faedahnya tidak terhad kepada kesihatan fizikal, tetapi juga
merangkumi kesihatan psikologikal, termasuk pembentukan kognitif, sosial,
afektif dan moral mereka yang mengikuti program ini. Kesempatan untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasa
seronok dan berguna.
Sebagai tambahan,
apabila seseorang pelajar itu berjaya menguasai sesuatau kemahiran, pelajar ini
akan meningkatkan konsep kendiri (self-concept), penghargaan kendiri
(self-esteem) dan keyakinan diri (self-confidence) (Hvozdovic, 2003).
Keterangan-keterangan ini sesuai dengan definisi yang diberikan oleh Jansma dan
French (1994) yang merujuk pendidikan jasmani suaian sebagai “modifikasi
aktiviti fizikal tradisional bagi membolehkan individu kurang upaya berpeluang
untuk mengambil bahagian secara selamat, berjaya, dan mendapat kepuasan”
(Jansma dan French, 1994).
Keperluan
aktiviti fizikal merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya
paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan
dengan kaedah permainan. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah
merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Almy (1984)
menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa
mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka bebas dari segala
peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Apa
yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin et. al (1983).
Dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut permainan dapat
memotivasikan pelajar. Pembelajaran itu akan diakhiri sendiri oleh pelajar
dengan sebuah kepuasan. Permainan itu pula haruslah dipilih sendiri oleh
pelajar (Fergus, 1995).
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada
huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa kecergasan adalah hak perseorangan
yang perlu ditingkatkan bagi mencapai kehidupan yang sihat dan keperluan
fisiologi yang baik. Melalui aktiviti
seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan
kemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan badan. Mereka juga
akan belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat
yang rata, di atas palang, atau semasa memanjat. Menurut Horvat et.al. (2007) kebolehan motor termasuk keseimbangan, kawalan postur badan, agility, koordinasi badan, koordinasi mata-anggota badan, dan kekuatan dan kelenturan yang diperlukan untuk menunjukkan kebolehan motor anggota badan.
Mengikut
Frobel (1802), bermain adalah sesuatu keadaan semula jadi yang membantu
kanak-kanak belajar dan berkembang. Walaupun Montessori tidak bersetuju dengan
perkataan “permainan” bagi menggambarkan tingkah laku kanak-kanak ketika
meneroka dan memahami persekitaran, beliau setuju bahawa keadaan bermain
memberi kanak-kanak peluang meneroka dan memahami persekitaran serta
mencuba-cuba sesuatu aktiviti. Dalam proses mencuba, mereka menemui pengetahuan
yang baru.
Aktiviti
fizikal mempengaruhi perkembangan fizikal pelajar melalui keperluan perasaan
ingin tahu, di samping meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
mereka, Rohani (2004). Menurut Vygotsky (1962), permainan pilihan kanak-kanak
sendiri disokong oleh seorang guru ataupun orang dewasa melalui perbincangan
dan sesi soal jawab menggalakkan pencapaian kognitif yang lebih tinggi. Dalam
mengendalikan aktiviti pembelajaran kanak-kanak, Piaget mengesyorkan supaya
kanak-kanak diberi kebebasan memilih aktiviti fizikal sendiri. Kanak-kanak
biasanya akan menumpu kepada keperluan perkembangan mereka, ketika memilih
aktiviti fizikal.
No comments:
Post a Comment