Monday, September 8, 2014

Jantung Kita



PENYAKIT kardiovaskular (CVD) ialah pembunuh no. 1 di Malaysia. Ini tidak menghairankan kerana 25 peratus daripada penduduk kita digolongkan sebagai gemuk - tiga juta mempunyai kadar kolesterol yang tinggi, 2.1 juta menghidap kencing manis dan 10,000 kes strok dicatatkan setiap tahun. Aktiviti fizikal yang tidak mencukupi menjadi faktor risiko utama bagi sakit jantung koronari. Secara perbandingannya, risiko sakit jantung koronari yang dikaitkan dengan ketiadaan aktiviti fizikal adalah antara 1.5 hingga 2.4, iaitu peningkatan risiko yang sebanding dengan kadar kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan merokok.

 
Sebenarnya kegiatan ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah. Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.

Ramai orang tidak sedar tentang manfaat bersenam untuk menjaga kesihatan jantung, justeru mereka tidak begitu mengendahkannya. Menyedari hakikat ini, kami telah menyediakan jawapan kami untuk menjawab beberapa persoalan yang mungkin bermain dalam fikiran anda:

Jika saya bersenam, bolehkah saya mencegah sakit jantung?
Tidak bersenam, seperti juga merokok, tekanan darah tinggi dan kolesterol darah yang tinggi, merupakan salah satu daripada faktor risiko utama sakit jantung yang boleh diubah.
Senaman tidak akan menjamin anda bebas daripada sakit jantung tetapi anda boleh mengurangkan kebarangkalian menghidap penyakit ini jika anda sanggup mengelakkan faktor risikonya.

Patutkah saya berjumpa doktor sebelum mula melakukan kegiatan fizikal?
Mereka yang dalam lingkungan usia pertengahan dan lanjut yang tidak aktif dan menghadapi risiko sakit jantung yang tinggi (atau yang sudah mengalami masalah kesihatan) harus mendapatkan nasihat perubatan sebelum meningkatkan tahap kegiatan fizikal masing-masing dengan ketara.
Sebenarnya orang yang sihat, tanpa mengira usia, boleh menjalankan kegiatan fizikal tahap sederhana. Contohnya berjalan kaki secara sederhana, berkebun dan membersihkan laman tanpa perlu berjumpa doktor terlebih dahulu.

Berapa banyak kegiatan fizikal perlu dilakukan?
Jika anda tidak aktif, apa jua bentuk dan kadar kegiatan fizikal lebih baik daripada bergoyang kaki sahaja! Kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai tahap kecergasan rendah berkemungkinan besar meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang sederhana cergas.
Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 hingga 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50 - 80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.

Perlukah saya melakukan senaman berat?
Untuk mencapai manfaat kesihatan, senaman berat tidak perlu. Kegiatan yang sederhana selalunya sudah memadai untuk mengurangkan risiko kesihatan.
Jika anda berhasrat mencapai tahap kecergasan kardiovaskular yang tinggi, anda perlu meningkatkan kadar senaman secara beransur-ansur dan bersenam kebanyakan hari dalam seminggu, selama 30 - 60 minit pada 50 - 80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.

Adakah senaman meringankan kesan berbahaya faktor risiko lain?
Kajian menunjukkan bahawa kecergasan fizikal mengurangkan risiko sakit jantung walaupun di kalangan orang yang mengalami masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol darah tinggi.
Untuk mengurangkan risiko, anda seharusnya bergiat cergas dan mengelakkan faktor risiko lain yang boleh diubah, seperti asap rokok, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol darah tinggi dan berat badan berlebihan.

 Bagaimana untuk menjaga kecergasan fizikal anak-anak saya?
  Anda boleh menjadi teladan yang baik kepada mereka dengan melakukan kegiatan yang sihat untuk jantung. Hadkan aktiviti yang banyak duduk seperti menonton televisyen, video, dan permainan komputer kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.

Lakukan kegiatan aktif semasa bercuti atau keluar bersiar-siar bersama keluarga atau sertai acara larian bersama mereka. Galakkan mereka melakukan kerja-kerja di rumah (potong rumput, sapu daun, berus lantai dan lain- lain) yang memerlukan pergerakan fizikal.

Cuba perhatikan sama ada anak anda berminat bersukan, kemudian galakkan perkembangan fizikal mereka dengan menghantar mereka menjalani latihan atau menyertai acara sukan.
Senaman baik untuk jantung!


Semua orang sedar betapa pentingnya senaman untuk menjaga kesihatan jantung tetapi tidak melakukannya kerana tidak tahu tentang manfaatnya. Berikut adalah beberapa faedah bersenam untuk jantung:

* Mengurangkan risiko sakit jantung dengan meningkatkan aliran darah di seluruh badan
* Mengawal berat badan
* Memperbaiki tahap kolesterol darah
* Mencegah dan menguruskan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan tenaga
* Membantu mengurangkan tekanan
* Mengurangkan ketegangan
* Melegakan kebimbangan dan kemurungan dan menaikkan minat dan semangat
* Memupuk amalan yang menyihatkan jantung di kalangan kanak-kanak dan mengurangkan masalah yang menyebabkan sakit jantung dan strok (kegemukan, tekanan darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, amalan gaya hidup kurang baik dan sebagainya) apabila usia lanjut
* Di kalangan orang yang lebih tua, ia membantu mencegah atau mengelakkan penyakit kronik dan penyakit yang dikaitkan dengan proses penuaan dan mengekalkan kualiti kehidupan dan kemampuan untuk berdikari.

Arus pemodenan telah menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan selesa. Pernahkah anda tertanya mengapa moyang dan datuk nenek kita hidup lebih lama daripada anak-anak kita hari ini.
Puncanya mungkin sikap pemalas dan kurang melakukan kegiatan fizikal. Sudah tiba masanya kita menjaga kesihatan jantung dengan bersenam hari ini!
  
Kalau tak nak Komen, Sila la LIKE kalau suka


Artikel Kecergasan Pelajar



KOMPONEN PERKEMBANGAN FIZIKAL ASAS KECERGASAN PELAJAR
(Kemahiran berasaskan Psikomotor)

Oleh : Mohamad Fadil bin Ibrahim
SEPT 2014


PENGENALAN
Perkembangan fizikal kanak-kanak juga melibatkan perkembangan deria motor dan perkembangan fisiologikal. Kanak-kanak perlu menyelaraskan antara pengesanan rangsangan oleh deria dengan tindakan oleh motor (anggota badan). Kecekapan motor adalah tindakan saling berinteraksi antara motor kasar dan motor halus. Melalui pengesanan rangsangan oleh lima organ deria, badan akan bergerak balas bagi menentukan keadaan dengan membuat penyelarasan gerak balas yang bersesuaian. Contohnya, apabila kanak-kanak berasa tidak selesa kerana keadaan persekitaran yang panas, mereka akan bergerak untuk mencari tempat yang lebih selesa. Dalam sistem saraf kita terdapat beberapa reseptor yang memberikan maklumat untuk kita bertindak balas, antaranya; a)Proprioceptors - memberikan maklumat berkenaan ketegangan otot, kedudukan, dan pergerakan antara sendi, b) Nocioceptors - memberikan rangsangan berkaitan kesakitan otot atau tisu badan, c) Sistem vestibular - terdapat di dalam telinga dalam dan memberi maklumat tentang graviti, keseimbangan dan pergerakan badan.
 Aktiviti fizikal banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam kurikulum pendidikan di bawah komponen kreativiti dan estetika menunjukkan aktiviti fizikal bukan sesuatu yang tidak penting, bukan juga sesuatu yang wujud untuk tujuan komersial. Malahan merupakan satu aktiviti yang banyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri serta berupaya menggalakan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor di samping memupuk nilai estetika.
 Slavin (1997) menjelaskan masalah berkaitan komponen kecergasan pula lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat. Berdasarkan pendapat-pendapat berikut, dapat dirumuskan bahawa aspek-aspek perbezaan individu adalah berkaitan jantina, fizikal, emosi, personaliti, bahasa dan bangsa, kesihatan, kecerdasan, gaya kognitif  dan gaya belajar mempengaruhi sifat belajar pelajar.           

KOMPONEN PERKEMBANGAN FIZIKAL

Komponen kecergasan (perkembangan fizikal) berlandaskan kepada perlakuan motor terdiri daripada Koordinasi, Imbangan, Ketangkasan, Kuasa/daya, Masa tindak balas, dan Kepantasan. Aspek  perlakuan  motor dapat  membantu  dalam  hal-hal  yang  bersabit  dengan gerak kerja fizikal yang spesifik. Dengan meningkatkan tahap kemahiran tersebut dapat menghasilkan satu gerak laku yang efisyen serta meringankan bebanan yang mungkin timbul ketika individu giat melakukan aktiviti yang lebih dari lakuan kebiasaan seperti mengangkat benda-benda yang berat. Komponen perkembangan fizikal berlandaskan kemahiran motor terdiri daripada Kepantasan, Ketangkasan, Koordinasi, Kuasa (Daya), Imbangan dan Masa Reaksi (Tindakbalas)


Konsep kecergasan itu adalah sumber yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan sangatlah perlu bagi seseorang oleh kerana kesihatan yang tinggi dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri. Faktor yang mempengaruhi kecergasan fizikal seperti baka. Setiap manusia dilahirkan dengan kekuatan serta kelemahan tersendiri yang saling mempengaruhi saiz tubuh badan, kepandaian dan personaliti kendiri malah dikatakan ia penentu limitasi potensi seseorang. 



KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN KOMPONEN PERKEMBANGAN FIZIKAL


Jeffre, Jeff, & Ricky (2010), Dalam kajian memelihat pelajar melakukan kegiatan fizikal aktif sebagai alternatif untuk memotivasi diri berbanding pelajar lain. Dapatan  mendedahkan bagaimana konsep kendiri fizikal yang relevan untuk pendidikan fizikal aktif dengan berlandaskan dua komponen perkembangan berkaitan fizikal dan kesihatan. Implikasi untuk merancang aktiviti dan menggunakan strategi pengajaran untuk meningkatkan konsep diri fizikal. Dapatan menunjukkan aktiviti fizikal membantu mereka membina aspek psikomotor pelajar terutama pada bahagian lemak tubuh, koordinasi, daya tahan/kecergasan fleksibiliti dan fizikal, kecekapan bersukan dan kekuatan.
 Kemampuan motor dapat membantu dalam proses pencapaian kecergasan keseluruhan. Latihan yang mengandungi aktiviti untuk memperkayakan komponen perlakuan motor ini seperti berlari, lompat selang-seli dan senaman yang dilakukan secara berterusan dapat membentuk tubuh badan yang sihat dan kuat. Carr, dalam teorinya menyatakan, aktiviti fizikal adalah penting kepada kanak-kanak kerana ianya menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). 
   Kajian menunjukkan perhubungan yang positif antara fisiologi aktiviti fizikal dan pembelajaran berkaitan perkembangan fizikal kanak-kanak (Kumar & Harizukka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap (McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiti dan pemikiran divergent (Dansky, 1980; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking)(Burns & Brainerd, 1979); memori (Jensen, 1999, 2000; Gardner, 1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Burner ada kepentingannya di dalam aktiviti fizikal.



IMPLIKASI DAN KESAN

Aspek tingkah laku manusia dapat menentukan ke arah mana seseorang itu. Sekiranya kecergasan yang optima yang dihajatkan maka tingkah laku yang positif terhadap pembinaan kecergasan fizikal itu harus diutamakan. Seseorang itu jika baka dan persekitaran yang baik tetapi sekiranya tingkahlakunya negatif maka kecergasan fizikalnya akan terganggu. Ia akan sentiasa berada dalam keadaan yang kurang sihat dan kerap mengalami tekanan emosi, sosial, fizikal dan mental yang melemahkan kecergasan diri.



Kepentingan aktiviti fizikal di kalangan kanak-kanak tadika atau prasekolah (Jensen, 2000; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost, Wortham, & 2001) menyatakan “play is scaffold for development, a vehicle for increasing neutral structures, and a means by which all children practise skills they need in later life


Antara masalah yang dikenalpasti ialah pengabaian subjek Pendidikian Jasmani kerana tidak diuji dalam peperiksaan, kekurangan guru terlatih dalam bidang ini, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, tiada sokongan dari masyarakat sekolah dan masyarakat ibu-bapa, cuaca yang tidak mengizinkan dan guru tidak jelas dengan matlamat Pendidikan Jasmani (Hamdan 2002, de Vries 1995, Abu Bakar Miskon 1987, Daud Salleh 1985, Chee Swee Ming 1985). 


Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, aktiviti fizikal adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran bersosial, fisiologi serta emosi kanak-kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai penyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa aktiviti fizikal dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk penyesuaian fisiologi mereka dan dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Aktiviti fizikal dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.


CADANGAN DAN PANDANGAN

Bruce dan Meggitt (2005) pula menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat menyokong, merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya.


Peranan guru dalam menggalakkan aktiviti fizikal menurut Morison (1995) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat prasekolah, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembang daya berfikir kanak-kanak. Kanak-kanak dilahirkan dengan memiliki sifat, bakat dan ciri semulajadi yang diwarisi dari ibubapa mereka. Keadaan persekitaran dan fisiologi badan pula, menentukan bagaimana kanak-kanak ini menggunakan bakat yang diwarisi untuk berinteraksi dengan orang di sekelilingnya dengan pelbagai situasi,  Doherty & Brennan (2008).
 

            Cobin dan Pangrazi (2004), telah mendedahkan senario yang sebenar berlaku dalam program Pendidikan Jasmani di Amerika Syarikat. Berjuta-juta kanak-kanak sekolah di Amerika mengambil Ujian Kecergasan Fizikal. Persoalan kenapa dan mengapa guru-guru menjalankan ujian kecergasan sering tidak difahami dan gagal diterangkan dengan jelas dan tepat. Latihan dalam bidang Pendidikan Jasmani dapat menjustifikasikan dengan tepat peranan dan tujuan ujian.
     Pendidikan Jasmani dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan subjek lain. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual), sedikit ruang untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal, De Vries (1995). 

Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan secara tidak terancang dan sesuai untuk sesuatu kategori keperluan khas tidak membawa sebarang kesan yang positif kepada perkembangan fizikal, emosi, fisiologi dan mental. Kategori kesihatan yang paling utama untuk pelajar yang mempunyai kekurangan upaya secara fizikal yang melibatkan aspek kesihatan ialah apabila kekurangan-kekurangan itu sendiri boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan dan fisiologi individu tersebut secara timbal balik (Heller, 2000).  
Program aktiviti fizikal terancang untuk golongan khas tidak kurang penting seperti juga golongan normal. Faedahnya tidak terhad kepada kesihatan fizikal, tetapi juga merangkumi kesihatan psikologikal, termasuk pembentukan kognitif, sosial, afektif dan moral mereka yang mengikuti program ini. Kesempatan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasa seronok dan berguna. 
Sebagai tambahan, apabila seseorang pelajar itu berjaya menguasai sesuatau kemahiran, pelajar ini akan meningkatkan konsep kendiri (self-concept), penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri (self-confidence) (Hvozdovic, 2003). Keterangan-keterangan ini sesuai dengan definisi yang diberikan oleh Jansma dan French (1994) yang merujuk pendidikan jasmani suaian sebagai “modifikasi aktiviti fizikal tradisional bagi membolehkan individu kurang upaya berpeluang untuk mengambil bahagian secara selamat, berjaya, dan mendapat kepuasan” (Jansma dan French, 1994). 
 Keperluan aktiviti fizikal merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Almy (1984) menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin et. al (1983). Dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut permainan dapat memotivasikan pelajar. Pembelajaran itu akan diakhiri sendiri oleh pelajar dengan sebuah kepuasan. Permainan itu pula haruslah dipilih sendiri oleh pelajar (Fergus, 1995).



KESIMPULAN

Berdasarkan kepada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa kecergasan adalah hak perseorangan yang perlu ditingkatkan bagi mencapai kehidupan yang sihat dan keperluan fisiologi yang baik. Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan badan. Mereka juga akan belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, di atas palang, atau semasa memanjat. Menurut Horvat et.al. (2007) kebolehan motor termasuk keseimbangan, kawalan postur badan, agility, koordinasi badan, koordinasi mata-anggota badan, dan kekuatan dan kelenturan yang diperlukan untuk menunjukkan kebolehan motor anggota badan.


Mengikut Frobel (1802), bermain adalah sesuatu keadaan semula jadi yang membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Walaupun Montessori tidak bersetuju dengan perkataan “permainan” bagi menggambarkan tingkah laku kanak-kanak ketika meneroka dan memahami persekitaran, beliau setuju bahawa keadaan bermain memberi kanak-kanak peluang meneroka dan memahami persekitaran serta mencuba-cuba sesuatu aktiviti. Dalam proses mencuba, mereka menemui pengetahuan yang baru.   


Aktiviti fizikal mempengaruhi perkembangan fizikal pelajar melalui keperluan perasaan ingin tahu, di samping meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka, Rohani (2004). Menurut Vygotsky (1962), permainan pilihan kanak-kanak sendiri disokong oleh seorang guru ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan sesi soal jawab menggalakkan pencapaian kognitif yang lebih tinggi. Dalam mengendalikan aktiviti pembelajaran kanak-kanak, Piaget mengesyorkan supaya kanak-kanak diberi kebebasan memilih aktiviti fizikal sendiri. Kanak-kanak biasanya akan menumpu kepada keperluan perkembangan mereka, ketika memilih aktiviti fizikal.

 

Monday, August 11, 2014

Hilang stress anda di sini


 

Bagi lah aku on line plk...buka facebook aku plak..!!!!
 
Faham-faham lah semua ekkk...!!!!!


Hatiku perlu bersih untukMu....


Acu try test.....

 


 




Percaya atau tidak....

 






 




 








Oh..Isteriku

 



Bang bangun bang...malu pada orang

 



Halal ke ni..!!!




Ikan oh.. ikan

 



Beginilah keadaannya....