Monday, August 11, 2014

Hilang stress anda di sini


 

Bagi lah aku on line plk...buka facebook aku plak..!!!!
 
Faham-faham lah semua ekkk...!!!!!


Hatiku perlu bersih untukMu....


Acu try test.....

 


 




Percaya atau tidak....

 






 




 








Oh..Isteriku

 



Bang bangun bang...malu pada orang

 



Halal ke ni..!!!




Ikan oh.. ikan

 



Beginilah keadaannya....





Saturday, August 9, 2014

Artikel Pengujian Dalam Sains Sukan



                                     

                                               
PENGUJIAN
Oleh : Mohamad Fadil bin Ibrahim
MAC 2014

PENGENALAN
Istilah Pengujian, Pengukuran, dan Penilaian kerapkali digunakan dalam penulisan pendidikan. Negara kini sedang memasuki alaf baru information technology (IT). Istilah 3Pseringkali digunakan bagi menjelaskan perkaitan ke tiga-tiga komponen di atas. Penulisan artikel untuk kali ini adalah bagi memberi kefahaman secara jelas berkaitan dengan UJIAN. Bermula daripada pengertian Ujian, bahagian ujian sehinggalah kepada Jenis-jenis ujian.

UJIAN Ujian merupakan satu instrumen yang digunakan dalam satu-satu penyelidikan untuk mendapatkan maklumat tertentu.  Kesahan sesuatu ujian itu terletak kepada bagaimana keputusan ujian itu akan digunakan – inferen daripada hasil ujian berkenaan. Keputusan ujian itu mestilah bersesuaian, bermakna dan berguna. Oleh itu pembinaan sesuatu instrumen memerlukan kemahiran yang tinggi oleh mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam kaedah pembinaan ujian.

PENGUKURAN ialah pemberian (assignment) angka-angka atau nombor kepada sesuatu objek atau perkara mengikut satu set peraturan yang telah ditetapkan. Pengukuran boleh berbentuk ujian, skala kadar (rating scales) atau senarai semak.

PENILAIAN Penilaian merupakan satu pertimbangan atau pembuatan keputusan tentang merit atau nilai sesuatu perkara atau benda. Penilaian adalah satu proses yang sistematik dalam pengumpulan dan analisis data untuk menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah tercapai dan membolehkah sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat.


PENGUJIAN

KLASIFIKASI/JENIS-JENIS
Pada amnya ujian terbahagi kepada dua iaitu Ujian Subjektif dan Ujian Objektif
a.         Ujian Subjektif
Bagi ujian yang berbentuk subjektif, calon dikehendaki menulis jawapan dan pemeriksa akan menentukan ketepatan dan kualiti jawapan berdasarkan kepada tugasan soalan dan peraturan pemarkahan yang disediakan. Keterangan lanjut tentang ujian subjektif akan diterangkan kemudian. Contoh soalan subjektif termasuklah: solan esei, soalan berstruktur dan soalan jawapan pendek.
b.         Ujian Objektif
Bagi ujian objektif pula calon  mungkin dikehendaki menulis, menanda atau memilih jawapan dan  pemeriksa pula tidak begitu sukar untuk memeriksan jawapan calon bagi menentukan ketepatan dan kualiti jawapan. Jawapan calon akan dapat markah yang sama walaupun diperiksa oleh ramai pemeriksa yang berlainan.

Ujian objektif boleh diperiksa oleh mereka yang tidak berpengalaman dalam bidang berkenaan, malahan mesin kerapkali digunakan untuk memeriksa jawapan calon. Contoh soalan objektif termasuklah: soalan objektif berbagai pilihan, memadankan jawapan, benar-salah dan mengisi tempat kosong.



JENIS-JENIS UJIAN

a.      Ujian Kuasa (Power test)
Ujian kuasa mempunyai masa yang lebih yang membolehkan ramai calon mempunyai cukup masa untuk menjawab semua soalan. Ujian ini untuk mengenalpasti takat penguasaan calon dalam satu-satu bidang. Ujian pencapaian adalah ujian kuasa.

b.    Ujian Setara (Equivalent Test)

Dua atau lebih ujian dikatakan setara jika item dalam ujian berkenaan adalah hampir sama dari segi kualiti item (kandungan, kesukaran dan kemahiran) tetapi tidak serupa. Boleh ditadbirkan pada masa yang sama atau berlainan. Objektif ujian-ujian yang ditadbirkan adalah sama. Ujian adalah setara dari segi kualiti. Ujian yang ditadbirkan secara serentak masa kini oleh negeri-negeri di Malaysia terutamanya seperti ujian gerak gempur bukan ujian setara (lihat makna ujian kuasa).

c.    Ujian Selari (Parallel Test)

Dua atau lebih ujian dikatakan selari jika item-item dalam ujian berkenaan adalah sama dari segi psikometriknya dan bukannya dari segi perkataan, ayat, gambarajah atau sebagainya. Itemnya hampir sama dari segi kualiti (kandungan, kesukaran dan kemahiran) tetapi tidak serupa. Boleh ditadbirkan pada masa yang sama atau berlainan. Objektif ujian-ujian yang ditadbirkan adalah sama. Ujian adalah selari dari segi kualiti. (Lihat perbezaan dengan ujian setara).

d.    Ujian Laju (Speed Test)

Mempunyai masa yang terhad. Item-item yang dikemukakan adalah mudah dan calon diharapkan kurang membuat kesilapan. Tidak semua calon diharapkan dapat menghabiskan menjawab semua  soalan. Hanya calon cemerlang sahaja dapat menepati masa yang ditetapkan.
e.         Ujian Verbal (Verbal Test)
Memberi penekanan kepada penggunaan bahasa sebagai asas menjawab soalan atau item. Ujian verbal boleh melibatkan penbacaan, penulisan atau lisan.
f.         Ujian Tanpa Verbal (Non-verbal Test)
Tidak menekankan kepada pembacaan. Pengujiannya melibatkan pengunaan tugasan bertulis yang banyak menggunakan gambar untuk mengukur perbendaharaan kata, pemikiran dan lain-lain kemahiran.
Contoh: Guru mungkin mengangkat gambar haiwan ternakan dan calon diberikan arahan secara lisan untuk menandakan jawapan yang betul dengan meletakkan tanda X di bawah gambar haiwan berkenaan. Ujian ini sesuai untuk kanak-kanak diperingkat awal persekolahan.

g.    Ujian Prestasi (Performance Test)

Memerlukan calon membuat beberapa tugasan selain dari menjawab soalan. Penekanan dalam ujian prestasi ialah terhadap kebolehan calon melakukan satu-satu tugasan dari menjawab soalan sahaja.
h.                                             Ujian tanpa Berbahasa. (Non-language)
Ujian ini ditadbirkan semasa pantomin atau melalui gerak isyarat. Calon tidak perlu menggunakan sebarang bahasa. Ujian ini digunakan untuk kanak-kanak pekak atau mereka yang tidak memahami bahasa yang digunakan oleh pemeriksa.

i.     Ujian Sampel (Sample Test)

Mengukur  sebahagian daripada aspek sampel tentang perlakuan individu demi untuk mendapatkan gambaran sepenuhnya tentang calon berkenaan.
j.         Ujian Tanda (Sign Test)
Digunakan secara diagnostik untuk membezakan satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.
k.       Ujian Pencapaian (Achievement Test)
Ujian pencapaian digunakan untuk menaksir status semua pelajar dalam sesuatu kelas atau tingkatan. Status seseorang pelajar dilaporkan dengan merujuk kepada pelajar lain di dalam sesuatu kelas atau tingkatan (rujukan norma) atau rujukan kepada kandungan (rujukan kriteria) dalam kurikulum. Interpretasi kepada kandungan atau kriteria adalah sesuai bagi mana-mana ujian. 

Ujian pencapaian standard adalah berujuan untuk meliputi kandungan sesuatu mata pelajaran bagi sesuatu peringkat pengajaran dan pemelajaran. Atribut yang diukur dalam sesuatu ujian pencapaian termasuklah pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat, sikap dan lain-lain. Ujian pencapaian akedemik mengukur pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang menjadi fokus dalam pengajaran di sekolah.
l.                                               Ujian Diagnostik (Diagnostic Test)
Ujian diagnostik adalah satu jenis ujian pencapaian, tetapi mempunyai beberapa ciri khas seperti skornya yang berbilang. Ujian ini ditadbirkan kepada pelajar yang bermasalah dalam sesuatu mata pelajaran. Tujuannya ialah untuk mengenalpsti kelemahan yang spesifik dalam sesuatu mata pelajaran. Item dalam ujian diagnostik mewakili kemahiran yang sepatutnya semua calon telah menguasai pada satu-satu peringkat pengajaran atau pendidikan.
m.                         Ujian Aptitud (UA) (Aptitude Test).
Pada umumnya, UA adalah ujian untuk mengukur potensi seseorang individu. Dalam kontek pengukuran, UA dibina untuk meramalkan prestasi atau kejayaan masa hadapan dalam sesuatu kursus, mata pelajaran atau bidang yang bakal diikuti. UA yang digunakan kerapkali dinamakan sebagai scholastic aptitude test, ujian IQ atau ujian kebolehan mental.
n.                                             Ujian Standard (Standardized Tests)
Ujian standard selalunya (a) dibina oleh mereka yang pakar dalam bidang berkenaan dari segi teknik pembinaan ujian dan kandungan ujian (b) ditadbirkan secara seragam di semua pusat peperiksaan (c) telah dimurnikan untuk menepati kriteria tertentu dan (d) diskor dan di interpretasi mengikut prosedur yang seragam dan standard. Contoh ujian standard: UPSR, PMR, SPM, STPM atau STAM.

Ujian Rujukan Norma (URN) dan Ujian Rujukan Kriteria (URK)
URN dan URK adalah ujian standard yang mempunyai beberapa tujuan yang berbeza dan item yang dibina diinterpretasikan secara berbeza untuk mengenalpasti pembelajaran dan pencapaian pelajar. URN ialah satu ujian yang digunakan untuk menentukan prestasi seseorang individu ke atas sesuatu tugasan supaya pencapaian individu berkenaan boleh dibandingkan dengan pencapaian individu lain yang melakukan tugasan yang sama. URN menggunakan standard yang relatif dan penekanannya kepada kumpulan pelajar.
Menurut Wilson (1980) URK ditadbirkan untuk mengukur hasilan daripada sesuatu pengajaran. URK menentukan prestasi pelajar ke atas sesuatu perlakuan khas, tahap, standard yang telah ditetapkan atau sesuatu objektif pengajaran.  Malahan Gronlund (1981) memberi gambaran bahawa URN memberi penekanan kepada cuba mengdiskriminasikan pelajar, manakala URK memberi penekanan ke atas huraian tentang prestasi pelajar.

URK ialah satu ujian yang digunakan untuk menentukan prestasi seseorang individu berdasarkan kepada sesuatu kriteria dan standard. URK menggunakan standard yang mutlak dan penekanan kepada individu. Contoh: Bagi satu ujian menaip sepanjang 10 muka surat, calon dianggap lulus sekiranya dapat menaip 50 psm tanpa membuat lebih 2 kesalahan ejaan pada setiap muka surat. Kriteria: menaip 10 muka surat dengan kelajuan 50psm. Standard: tidak melebihi 2 kesilapan ejaan pada setiap muka surat. Keadaan: Menggunakan  mesin taip elektrik.

KESIMPULAN
Kualiti sesuatu ujian bergantung kepada kualiti tiap-tiap item dalam ujian tersebut. Kualiti item-item memberi kesan kepada kesahan, kebolehpercayaan dan kegunaan sesuatu ujian.  Pada umumnya, analisis item merupakan teknik untuk menilai kekuatan dan kelemahan ujian,  memberikan maklumbalas yang berguna kepada guru, membantu guru menulis item ujian yang baik.





BIBLIOGRAFI
Adema, J. J. & Boekkooi-Timminga, E. & Van der Linden, E. J. (1991). Achievement test construction 0-1 linear programming. European Journal of Operation Research, 55, 103-11.

Ahmad Hasim. (2004). Pengujian kecergasan Motor. Tanjong Malim: Quantum Books.
Ansary Ahmad, Mansor Fadzil& abdul Razak Habib.(2006) Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Selangor: Universiti Terbuka Malaysia.

Baumgartner, A. T. & Jackson, S.A. Mahar, T.M. & Rowe, A.D. (2003). Measurement for Evaluation in Physical Education & Exercise Science. New York, US: Mc Graw Hill, Co.

David, K.M. (2006). Measurement by the Physical Educator: Why and How. New York, US.

Popham, W.J. (2000). Modern Educational Educational Measurement: Practica Guidelines for Educations Leaders. Gould Street, Needham, MA:A Pearson Education, Co.

Wee, E.H. (2002). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan kesihatan. Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd.






Minum Air vs Perut Kosong



Salam Hidup Sihat semua...

Sekarang kat Jepun, meminum air ketika perut kosong (especially bila bangun pagi) sangat popular. Apa kebaikannya meminum air dalam keadaan perut kosong? Kajian saintifik di Jepun telah membuktikan air berkesan untuk menyembuh penyakit-penyakit seperti Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.





KAEDAH RAWATAN
1. Setelah anda Bangun pagi (sebelum beredar dari bilik ke bilik mandi), minum 4 x 160 gelas air
2. Gosok dan bersihkan mulut tapi jangan makan/minum apa-apa selama 45 minit
3. Makan dan minum seperti biasa selepas 45 minit :)
4. 15 minit selepas sarapan, makan tengah hari dan makan malam, jangan makan atau minum selama 2 jam
5. Untuk anda yang tua ataupun sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air pada saat bolehlah mula dengan meminum sedikit air terlebih dahulu dan kemudian ditingkatkan secara berkala sehingga 4 gelas sehari

Kaedah ini adalah yang paling murah dan paling tidak memberi kesan kecuali menjadi pelawat toilet yang paling setia.


Senarai di bawah adalah jumlah hari yang akan diperlukan untuk merawat atau mengurangkan penyakit :

1. Tekanan darah tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit~ atau omputeh ckp constipation! (10 hari)
5. Cancer (180 hari)
6. Tuberculosis(TB) (90 hari)

7. Pesakit Athritis disarankan untuk mengikuti kaedah rawatan di atas ini selama hanya 3 hari pada minggu pertama dan setiap hari dari minggu kedua hingga minggu2 seterusnya minum air kosong yang bersih dan segar adalah baik kepada kesihatan kita. Jadi ada baiknya sekiranya kita semua mengamalkan gaya hidup yang sihat, tidak perlu lah memberli kesihatan dengan membelanjakan duit yang banyak. 

Cukup la sekadar yang termampu dan menggunakan kemudahan yang ada. kan..kan.kan..