PENGUJIAN
Oleh : Mohamad Fadil bin Ibrahim
MAC 2014
PENGENALAN
Istilah Pengujian, Pengukuran, dan Penilaian
kerapkali digunakan dalam penulisan pendidikan. Negara kini sedang memasuki alaf baru information technology (IT). Istilah 3Pseringkali digunakan bagi
menjelaskan perkaitan ke tiga-tiga komponen di atas. Penulisan artikel untuk
kali ini adalah bagi memberi kefahaman secara jelas berkaitan dengan UJIAN.
Bermula daripada pengertian Ujian, bahagian ujian sehinggalah kepada
Jenis-jenis ujian.
UJIAN Ujian merupakan satu instrumen yang digunakan dalam
satu-satu penyelidikan untuk mendapatkan maklumat tertentu. Kesahan sesuatu ujian itu terletak kepada
bagaimana keputusan ujian itu akan digunakan – inferen daripada hasil ujian
berkenaan. Keputusan ujian itu mestilah bersesuaian, bermakna dan berguna. Oleh
itu pembinaan sesuatu instrumen memerlukan kemahiran yang tinggi oleh mereka
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam kaedah pembinaan
ujian.
PENGUKURAN ialah
pemberian (assignment) angka-angka
atau nombor kepada sesuatu objek atau perkara mengikut satu set peraturan yang
telah ditetapkan. Pengukuran boleh berbentuk ujian, skala kadar (rating scales) atau senarai semak.
PENILAIAN Penilaian
merupakan satu pertimbangan atau pembuatan keputusan tentang merit atau nilai
sesuatu perkara atau benda. Penilaian adalah satu proses yang sistematik dalam
pengumpulan dan analisis data untuk menentukan sama ada sesuatu objektif itu
telah tercapai dan membolehkah sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat.
PENGUJIAN
KLASIFIKASI/JENIS-JENIS
Pada amnya ujian
terbahagi kepada dua iaitu Ujian Subjektif dan Ujian Objektif
a. Ujian
Subjektif
Bagi ujian yang berbentuk
subjektif, calon dikehendaki menulis jawapan dan pemeriksa akan menentukan
ketepatan dan kualiti jawapan berdasarkan kepada tugasan soalan dan peraturan
pemarkahan yang disediakan. Keterangan lanjut tentang ujian subjektif akan
diterangkan kemudian. Contoh soalan subjektif termasuklah: solan esei, soalan
berstruktur dan soalan jawapan pendek.
b. Ujian Objektif
Bagi ujian objektif pula calon
mungkin dikehendaki menulis, menanda atau memilih jawapan dan pemeriksa pula tidak begitu sukar untuk
memeriksan jawapan calon bagi menentukan ketepatan dan kualiti jawapan. Jawapan
calon akan dapat markah yang sama walaupun diperiksa oleh ramai pemeriksa yang
berlainan.
Ujian objektif boleh diperiksa oleh mereka yang tidak berpengalaman dalam
bidang berkenaan, malahan mesin kerapkali digunakan untuk memeriksa jawapan
calon. Contoh soalan objektif termasuklah: soalan objektif berbagai pilihan,
memadankan jawapan, benar-salah dan mengisi tempat kosong.
JENIS-JENIS UJIAN
a. Ujian Kuasa (Power test)
Ujian kuasa mempunyai masa yang lebih
yang membolehkan ramai calon
mempunyai cukup masa untuk menjawab semua soalan. Ujian ini untuk mengenalpasti
takat penguasaan calon dalam satu-satu bidang. Ujian pencapaian adalah ujian
kuasa.
b. Ujian Setara (Equivalent Test)
Dua atau lebih ujian dikatakan setara
jika item dalam ujian berkenaan adalah hampir sama dari segi kualiti item
(kandungan, kesukaran dan kemahiran) tetapi tidak serupa. Boleh ditadbirkan
pada masa yang sama atau berlainan. Objektif ujian-ujian yang ditadbirkan
adalah sama. Ujian adalah setara dari segi kualiti. Ujian yang ditadbirkan
secara serentak masa kini oleh negeri-negeri di Malaysia terutamanya seperti
ujian gerak gempur bukan ujian
setara (lihat makna ujian kuasa).
c. Ujian Selari (Parallel Test)
Dua atau lebih ujian dikatakan selari
jika item-item dalam ujian berkenaan adalah sama dari segi psikometriknya dan
bukannya dari segi perkataan, ayat, gambarajah atau sebagainya. Itemnya hampir
sama dari segi kualiti (kandungan, kesukaran dan kemahiran) tetapi tidak
serupa. Boleh ditadbirkan pada masa yang sama atau berlainan. Objektif
ujian-ujian yang ditadbirkan adalah sama. Ujian adalah selari dari segi
kualiti. (Lihat perbezaan dengan ujian
setara).
d. Ujian Laju (Speed Test)
Mempunyai masa yang terhad. Item-item
yang dikemukakan adalah mudah dan calon diharapkan kurang membuat kesilapan.
Tidak semua calon diharapkan dapat menghabiskan menjawab semua soalan. Hanya calon cemerlang sahaja dapat
menepati masa yang ditetapkan.
e. Ujian Verbal (Verbal Test)
Memberi penekanan kepada penggunaan
bahasa sebagai asas menjawab soalan atau item. Ujian verbal boleh melibatkan
penbacaan, penulisan atau lisan.
f. Ujian Tanpa Verbal (Non-verbal
Test)
Tidak menekankan
kepada pembacaan. Pengujiannya melibatkan pengunaan tugasan bertulis yang
banyak menggunakan gambar untuk mengukur perbendaharaan kata, pemikiran dan
lain-lain kemahiran.
Contoh: Guru mungkin mengangkat
gambar haiwan ternakan dan calon diberikan arahan secara lisan untuk menandakan
jawapan yang betul dengan meletakkan tanda X di bawah gambar haiwan berkenaan.
Ujian ini sesuai untuk kanak-kanak diperingkat awal persekolahan.
g. Ujian Prestasi (Performance Test)
Memerlukan calon membuat beberapa
tugasan selain dari menjawab soalan. Penekanan dalam ujian prestasi ialah
terhadap kebolehan calon melakukan satu-satu tugasan dari menjawab soalan
sahaja.
h.
Ujian tanpa Berbahasa. (Non-language)
Ujian ini ditadbirkan semasa pantomin
atau melalui gerak isyarat. Calon tidak perlu menggunakan sebarang bahasa.
Ujian ini digunakan untuk kanak-kanak pekak atau mereka yang tidak memahami
bahasa yang digunakan oleh pemeriksa.
i. Ujian Sampel (Sample Test)
Mengukur sebahagian daripada aspek sampel tentang
perlakuan individu demi untuk mendapatkan gambaran sepenuhnya tentang calon
berkenaan.
j. Ujian Tanda (Sign Test)
Digunakan secara diagnostik untuk
membezakan satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.
k. Ujian Pencapaian (Achievement
Test)
Ujian pencapaian digunakan untuk
menaksir status semua pelajar dalam sesuatu kelas atau tingkatan. Status
seseorang pelajar dilaporkan dengan merujuk kepada pelajar lain di dalam
sesuatu kelas atau tingkatan (rujukan norma) atau rujukan kepada kandungan
(rujukan kriteria) dalam kurikulum. Interpretasi kepada kandungan atau kriteria
adalah sesuai bagi mana-mana ujian.
Ujian pencapaian standard adalah
berujuan untuk meliputi kandungan sesuatu mata pelajaran bagi sesuatu peringkat
pengajaran dan pemelajaran. Atribut yang diukur dalam sesuatu ujian pencapaian
termasuklah pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat, sikap dan lain-lain.
Ujian pencapaian akedemik mengukur pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang
menjadi fokus dalam pengajaran di sekolah.
l.
Ujian Diagnostik
(Diagnostic Test)
Ujian
diagnostik adalah satu jenis ujian pencapaian, tetapi mempunyai beberapa ciri
khas seperti skornya yang berbilang. Ujian ini ditadbirkan kepada pelajar yang
bermasalah dalam sesuatu mata pelajaran. Tujuannya ialah untuk mengenalpsti
kelemahan yang spesifik dalam sesuatu mata pelajaran. Item dalam ujian
diagnostik mewakili kemahiran yang sepatutnya semua calon telah menguasai pada
satu-satu peringkat pengajaran atau pendidikan.
m.
Ujian Aptitud (UA)
(Aptitude Test).
Pada umumnya, UA adalah ujian untuk
mengukur potensi seseorang individu. Dalam kontek pengukuran, UA dibina untuk
meramalkan prestasi atau kejayaan masa hadapan dalam sesuatu kursus, mata
pelajaran atau bidang yang bakal diikuti. UA yang digunakan kerapkali dinamakan
sebagai scholastic aptitude test, ujian IQ atau ujian kebolehan
mental.
n.
Ujian Standard (Standardized
Tests)
Ujian standard selalunya (a) dibina
oleh mereka yang pakar dalam bidang berkenaan dari segi teknik pembinaan ujian
dan kandungan ujian (b) ditadbirkan secara seragam di semua pusat peperiksaan
(c) telah dimurnikan untuk menepati kriteria tertentu dan (d) diskor dan di
interpretasi mengikut prosedur yang seragam dan standard. Contoh ujian
standard: UPSR, PMR, SPM, STPM atau STAM.
Ujian Rujukan Norma (URN) dan Ujian Rujukan Kriteria (URK)
URN dan URK
adalah ujian standard yang mempunyai beberapa tujuan yang berbeza dan item yang
dibina diinterpretasikan secara berbeza untuk mengenalpasti pembelajaran dan
pencapaian pelajar. URN ialah satu ujian yang digunakan untuk menentukan
prestasi seseorang individu ke atas sesuatu tugasan supaya pencapaian individu
berkenaan boleh dibandingkan dengan pencapaian individu lain yang melakukan
tugasan yang sama. URN menggunakan standard yang relatif dan penekanannya
kepada kumpulan pelajar.
Menurut Wilson (1980) URK ditadbirkan untuk mengukur
hasilan daripada sesuatu pengajaran. URK menentukan prestasi pelajar ke atas
sesuatu perlakuan khas, tahap, standard yang telah ditetapkan atau sesuatu
objektif pengajaran. Malahan Gronlund
(1981) memberi gambaran bahawa URN memberi penekanan kepada cuba
mengdiskriminasikan pelajar, manakala URK memberi penekanan ke atas huraian
tentang prestasi pelajar.
URK ialah satu ujian yang
digunakan untuk menentukan prestasi seseorang individu berdasarkan kepada
sesuatu kriteria dan standard. URK menggunakan standard yang mutlak dan
penekanan kepada individu. Contoh: Bagi satu ujian menaip sepanjang 10 muka
surat, calon dianggap lulus sekiranya dapat menaip 50 psm tanpa membuat lebih 2
kesalahan ejaan pada setiap muka surat. Kriteria: menaip 10 muka surat
dengan kelajuan 50psm. Standard: tidak melebihi 2 kesilapan
ejaan pada setiap muka surat. Keadaan: Menggunakan mesin taip elektrik.
KESIMPULAN
Kualiti sesuatu ujian
bergantung kepada kualiti tiap-tiap item dalam ujian tersebut. Kualiti
item-item memberi kesan kepada kesahan, kebolehpercayaan dan kegunaan sesuatu
ujian. Pada umumnya, analisis item
merupakan teknik untuk menilai kekuatan dan kelemahan ujian, memberikan maklumbalas yang berguna kepada
guru, membantu guru menulis item ujian yang baik.
BIBLIOGRAFI
Adema, J. J. &
Boekkooi-Timminga, E. & Van der Linden, E. J. (1991). Achievement test
construction 0-1 linear programming. European Journal of Operation Research,
55, 103-11.
Ahmad Hasim. (2004). Pengujian
kecergasan Motor. Tanjong Malim: Quantum Books.
Ansary Ahmad, Mansor Fadzil& abdul Razak
Habib.(2006) Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Selangor: Universiti
Terbuka Malaysia.
Baumgartner, A. T. & Jackson, S.A. Mahar,
T.M. & Rowe, A.D. (2003). Measurement
for Evaluation in Physical Education & Exercise Science. New York, US:
Mc Graw Hill, Co.
David, K.M. (2006). Measurement by the Physical Educator: Why and How. New York, US.
Popham, W.J. (2000). Modern Educational Educational Measurement: Practica Guidelines for
Educations Leaders. Gould Street, Needham, MA:A Pearson Education, Co.
Wee, E.H. (2002). Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan kesihatan. Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment